Saturday, January 30, 2010

RUMAH AJK PAS SEBERANG BARUH TERBAKAR

Kelihatan Saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang juga Ketua Pas Cawangan Seberang Baruh, sedang berbual dengan anak saudara mangsa kebakaran.

Bomba sedang membersihkan saki baki kebakaran.


Tuan rumah, Nik Ahmad Kamil ditemuramah polis untuk mendapatkan maklumat kejadian.


Kuala Terengganu, 31 Januari(Ahad)-Sebuah rumah di Seberang Baroh Kiri, milik Nik Ahmad Kamil Nik Long terbakar pagi ini. Beliau yang berada dalam rumah pada ketika itu dikejutkan dengan kebakaran yang bermula dari bilik anak lelakinya Nik Fakhrul, yang kebetulan sedang menuntut di ILP Gong Badak.

Kebakaran yang bermula jam 7.45 pagi itu membakar hangus seluruh tingkat 2 rumah terbabit yang diperbuat daripada kayu. Manakala tingkat bawah selamat kerana diperbuat daripada bata. Menurut anaknya, kebakaran berlaku berkemungkinan berpunca daripada litar pintas akibat penggunaan 'extension' yang terlalu banyak.

Menurut mangsa, beliau berada di tingkat bawah ketika berlakunya kebakaran. Anak perempuannya yang tidur di tingkat atas sempat menyelamatkan diri. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sesiapa yang mahu memberi sumbangan, sila hubungi Saudara W.Md. Faizul di talian 013 9277330, atau terus masukkan ke akaun bank Dana Ta'awun DPPNT Maybank Islamic bernombor 563064113873. Sila maklumkan kemasukan sumbangan saudara kepada Ustaz Nazari Alias(Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPNT) di talian 019 9108432(atau hantarkan sms butiran kemasukan sumbangan"Kebakaran 31 Jan" dengan menyatakan jumlah, tarikh dan tempat-cawangan bank).