Tuesday, December 29, 2009

SALAM KELAHIRAN BLOG

ألسلام عليكم dan salam sejahtera buat semua pembaca.

Blog ini dibina bertujuan merealisasikan hasrat Parti Islam SeMalaysia PAS Negeri Terengganu melalui sayapnya Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu untuk menjadikan PAS sebagai sebuah badan yang mengambil berat (cakna) hal ehwal kebajikan rakyat negeri Terengganu.

Kami berharap dengan lahirnya blog ini, kami dapat paparkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang kami jalankan serta menambah Dana Ta'awun yang telah kami tubuhkan dua tahun lepas bagi menggerakkan dengan lebih giat lagi aktiviti-aktiviti kebajikan Pemuda Negeri Terengganu mulai sekarang dan pada masa-masa akan datang.

Dengan lahirnya blog ini juga, kami isytiharkan blog Dana Ta'awun DPPNT yang beralamat di sini terpaksa ditutup kerana masalah password dan email, yang menyebabkan ianya tidak boleh di'update'kan.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment